Kami mendapati blog tentang pendidikan amat berfaedah untuk guru pelatih seperti kami dan juga untuk murid-murid. mereka juga boleh menjadikan blog-blog pendidikan seperti ini sebagai rujukan untuk pelajaran mereka. Selepas itu beliau menunjuk ajar kami cara membina blog sendiri di laman web.Beliau memberitahu blog kami harus tentang pendidikan. Saya juga memahami matlamat pensyarah saya. Kami pun mula membina blog kami dengan bimbingan pensyarah. kami menjalani beberapa langkah untuk membina blog kami. Saya bersama kawan saya membina blog dan meneroka cara-cara menukar template dan background blog kami. Selepas itu saya hantarkan post pertama di blog saya.
Selepas itu beliau mengingati kami bahawa kami harus mengingat laman blog kami sebab ia penting untuk membuka blog kami semula. Jadi saya telah simpan nama alamt blog saya di telefon bimbit. Pada hari seterusnya pensyarah kami menjalankan kelas beliau di luar bilik sumber iaitu di hadapan blok c. beliau menanyakan beberapa soalan tentang pelajaran kami yang telah belajar selama 2 hari. Kami pun menjawab dan ada yang menjawab salah dan ada yang menjawab dengan tepat. Beliau juga menjelaskan beberapa perkara dengan gembira dan kami rasa seronok mendengarnya. Selepas itu beliau menjelaskan tugasan kami pada pagi ini. Saya juga telah membuat tugasan saya seperti yang dikehendaki oleh pensyarah saya. :)
Saya sangat berterima kasih kepada pensyarah saya dan kawan-kawan saya.
No comments:
Post a Comment