Monday, 28 November 2011

மனிதர்


தேடிச் சோறு நிதம் தின்று - பல
சின்னஞ்சிறு கதைகள் பேசி
வாடித் துன்பமிக உழன்று - பிறர்
வாடப் பல செயல்கள் செய்து - நரை
கூடிக் கிழப்பருவம் யெய்தி - கொடுங்
கூற்றுக்கிரை எனப் பின் மாயும் - பல
வேடிக்கை மனிதரைப் போல நானும் - இங்கு
வீழ்வேன் என்று நினைத்தாயோ?

- மகாகவி சுப்பிரமணிய பாரதி.
Tanda baca
Titik (noktah) (.)
Koma (,)
Sempang (-)
Tanda petik (‘ ’, “ ”)
Koma bertindik (;)
Titik bertindih (:)
Tanda tanya (?)
Tanda seru       (!)
 TANDA BACA

Tanda baca ialah simbol yang bertindak untuk menunjukkan struktur serta penyusunan penulisan dan biasa juga, untuk intonasi (turun naik nada suara) dan penghentian sebenar ketika membaca dengan suara yang lantang. Beberapa aspek dalam penggunaan tanda baca adalah stilistik dan oleh itu, bergantung kepada pilihan penulis.

Jenis jenis kata adjektif

Kata adjektif terbahagi kepada 9 sub golongan:

sifat

menerangkan sifat keadaan atau seseorang
contoh: baik, cerdik, berani, lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat, tercantik

warna

contoh: merah, jingga, ungu, putih, hitam, kuning langsat

ukuran

contoh: pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, ternipis

bentuk

contoh: bujur, lurus,

waktu

contoh: lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam

jarak

contoh: dekat, hampir, jauh

cara

contoh: selalu, jarang, kadang kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah

pancaindera

  • rasa: sedap, lazat, manis, pahit, lemak, pedas, payau, masam,masin,
  • pandang: buruk, hodoh, jelita, cantik, tampan
  • dengar:bising, sunyi, senyap
  • bau: busuk, wangi, hangit, hapak
  • sentuh: kesat, kasar, lembab, halus, licin

perasaan

contoh: takut, seram, benci, rindu, marah, senang, sayang, gembira
 KATA ADJEKTIF

Adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.
Kata tugas ialah golongan perkataan selain kata nama dan kata sifat yang mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat, klausa dan frasa. Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai inti dalam sebarang frasa utama, sebaliknya mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar pemeri atau tugas-tugas lain.
Terdapat 17 jenis kata tugas yang telah dikenal pasti dalam bahasa Melayu:
  1. Kata adverba
  2. Kata hubung
  3. Kata sendi
  4. Kata seru
  5. Kata bantu
  6. Kata perintah
  7. Kata pangkal ayat
  8. Kata bantu
  9. Kata penguat
  10. Kata penegas
  11. Kata nafi
  12. Kata pemeri
  13. Kata pembenar
  14. Kata arah
  15. Kata bilangan
  16. Kata penekan
  17. Kata pembenda

Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). Ayat yang menggunakan kata kerja transitif mesti mempunyai penyambut ( objek ). Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

Kata Kerja Transitif Aktif

Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.

Kata Kerja Transitif Pasif

Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya berbentuk pasif. Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan di-.
Penyambut    Kata Kerja Transitif                Pembuat
Radio itu didengari Atan
Burung itu ditangkap oleh seekor kucing
Sayur itu dijual oleh seorang perempuan
Ikan itu dijala oleh Pak Abu
Surat itu sedang ditulis oleh bapa
Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan di awal kata ( awalan ), di akhir kata ( akhiran ), di awal dan di akhir kata ( apitan ) dan diselitkan di tengah perkataan ( sisipan).
awsOme!!!!
fOreveR !!!!

Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:
benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

Kata Nama Am
Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:
orang: ayah, polis, perempuan dll.
haiwan: ayam, itik, buaya dll.
benda: televisyen, komputer, bank dll.
tempat: stadium, jalan raya, pulau dll.
Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.
Contoh: buai -> buaian
Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.