Monday, 28 November 2011
TANDA BACA
Tanda baca ialah simbol yang bertindak untuk menunjukkan struktur serta penyusunan penulisan dan biasa juga, untuk intonasi (turun naik nada suara) dan penghentian sebenar ketika membaca dengan suara yang lantang. Beberapa aspek dalam penggunaan tanda baca adalah stilistik dan oleh itu, bergantung kepada pilihan penulis.
Tanda baca ialah simbol yang bertindak untuk menunjukkan struktur serta penyusunan penulisan dan biasa juga, untuk intonasi (turun naik nada suara) dan penghentian sebenar ketika membaca dengan suara yang lantang. Beberapa aspek dalam penggunaan tanda baca adalah stilistik dan oleh itu, bergantung kepada pilihan penulis.
Jenis jenis kata adjektif
Kata adjektif terbahagi kepada 9 sub golongan:sifat
menerangkan sifat keadaan atau seseorangcontoh: baik, cerdik, berani, lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat, tercantik
warna
contoh: merah, jingga, ungu, putih, hitam, kuning langsatukuran
contoh: pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, ternipisbentuk
contoh: bujur, lurus,waktu
contoh: lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silamjarak
contoh: dekat, hampir, jauhcara
contoh: selalu, jarang, kadang kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincahpancaindera
- rasa: sedap, lazat, manis, pahit, lemak, pedas, payau, masam,masin,
- pandang: buruk, hodoh, jelita, cantik, tampan
- dengar:bising, sunyi, senyap
- bau: busuk, wangi, hangit, hapak
- sentuh: kesat, kasar, lembab, halus, licin
perasaan
contoh: takut, seram, benci, rindu, marah, senang, sayang, gembira
KATA ADJEKTIF
Adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.
Adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.
Kata tugas ialah golongan perkataan selain kata nama dan kata sifat yang mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat, klausa dan frasa. Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai inti dalam sebarang frasa utama, sebaliknya mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar pemeri atau tugas-tugas lain.
Terdapat 17 jenis kata tugas yang telah dikenal pasti dalam bahasa Melayu:
Terdapat 17 jenis kata tugas yang telah dikenal pasti dalam bahasa Melayu:
- Kata adverba
- Kata hubung
- Kata sendi
- Kata seru
- Kata bantu
- Kata perintah
- Kata pangkal ayat
- Kata bantu
- Kata penguat
- Kata penegas
- Kata nafi
- Kata pemeri
- Kata pembenar
- Kata arah
- Kata bilangan
- Kata penekan
- Kata pembenda
Kata Kerja Transitif
Kata kerja transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). Ayat yang menggunakan kata kerja transitif mesti mempunyai penyambut ( objek ). Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.Kata Kerja Transitif Aktif
Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.Kata Kerja Transitif Pasif
Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya berbentuk pasif. Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan di-.| Penyambut | Kata Kerja Transitif | Pembuat |
|---|---|---|
| Radio itu | didengari | Atan |
| Burung itu | ditangkap oleh | seekor kucing |
| Sayur itu | dijual oleh | seorang perempuan |
| Ikan itu | dijala oleh | Pak Abu |
| Surat itu | sedang ditulis oleh | bapa |
Kata Nama Khas
Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:
-
- benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
- orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
- binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
- tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Kata Nama Am
Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:
orang: ayah, polis, perempuan dll.
haiwan: ayam, itik, buaya dll.
benda: televisyen, komputer, bank dll.
tempat: stadium, jalan raya, pulau dll.
Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.
Contoh: buai -> buaian
Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Friday, 3 June 2011
Subscribe to:
Comments (Atom)









